26.7.07

Konsert Christina Aguilera






KONSERT CHRISTINA AGUILERA

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menghadiri sebuah konsert Christina Aguilera. Saya amat berterima kasih dengan Yasirah , Faris , Acap , Farhanah , Zahirah , Iffah , Rohana ,Noriz , Ashidah , Suzaina , Maisarah , Fauziana dan Shuhada yang telah membelikan saya tiket sebagai hadiah hari jadi saya yang ke enam belas  .

Saya tersentuh dengan pemberian tersebut sehinggakan saya menitiskan air mata . Saya mula meminati Christina Aguilera semenjak mendengar dia menyanyi lagu “ I’m a genie in a bottle “ . Impian saya untuk bertemu dengan Christina Aguilera menjadi nyata akhirnya pada tanggal 30 Jun 2007 pada jam 8 di Stadium Tertutup Singapura .

Persembahannya sungguh menarik dan suaranya sungguh lunak . Dia ialah penyanyi terhandal di seluruh dunia . Lagu-lagunya semua ditulisnya sendiri dan semua lagu-lagunya adalah tentang kehidupannya sendiri . Contohnya lagu “Oh mother” yang ditujukan kepada ibunya kerana telah tabah meneruskan kehidupannya walaupun telah dipukul bantai oleh suaminya dahulu . Saya dapat juga mengambil gambar dan merakamkan video . Saya harap anda akan terhibur dengan gambar-gambar tersebut .

No comments: